via Instagram http://ift.tt/1qvL91u
High quality Fabrics directly from Textile Town, Tokyo + Any goods/items from Japan + Personal shopper
Saturday, April 16, 2016
Gempa kedua dengan tsunami warning awal pagi ini di Kumamoto. (>_<) Allahu akbar. Teringat pengalaman kami sekeluarga semasa Fukushima March2011. Tak boleh langsung nak tenangkan diri. Rumah bergegar berturut-turut macam apa tak tau nak describe, habis barang semua jatuh. Walaupun kami duduk jauh dari Fukushima pada 2011, tapi dah cukup kuat utk buat admin menggeletar seharian (yes SEHARI SEMALAMAN) ditambah pula suami yg terperangkap dalam perjalanan dari pejabat di Yokohama ke rumah kerana seluruh sistem pengangkutan tergendala. Keretapi SEMUA stop, jalan jem. Suami saya berjalan selama 2jam sebelum dapat menaiki teksi di kawasan yang lebih dekat dengan rumah (dan sampai di rumah beberapa belas jam selepas kejadian tsunami, masa tu kami baru kahwin dan belum ada baby). Ada rakan saya yang sanggup berjalan kaki dari pejabat sampai ke rumahnya, tak pasti berapa lama :( . Jalan raya bukan penuh dengan kereta sahaja tetapi pejalan kaki juga. Kiamat nanti tentu lebih hebat. .... Doakan semoga selamat mereka di Kumamoto. #PrayforKumamoto
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment